Thursday, 10 November 2011

cinta ini milikmu (2)


“Kenapa kau tak kahwin lagi,Sofie?”Syiera tiba-tiba bertanya.
 Sofie Aleeya yang sedang asyik menyemak buku-buku latihan pelajar-pelajarnya memanggung kepala dan tersenyum.
“Hmmm….Kau….?Kenapa kau belum kahwin dengan Arief sampai sekarang?”Sofie Aleeya menyoal semula.
“Kau ni,kan…Aku tanya kau,kau tanya aku balik.Cuba kau jawab elok-elok soalan aku tadi tu,”Syiera mula membebel.
Sofie Aleeya tersenyum.
Syiera memandang ke arah Sofie Aleeya dan kemudian menjeling kepadanya.
 Sofie Aleeya tersenyum.Kemudian melepaskan keluhan berat.Berat sekali kedengaran keluhan di dada gadis itu,seperti begitu banyak masalah yang dihadapi olehnya tika ini.
 Mengapa seringkali soalan ini yang diajukan kepadaku?Perlu sangatkah aku berkahwin buat masa ni?Hmmm…Aku dah rasa muak dengan soalan cepu mas diorang ni….Kadang-kadang timbul jugak rasa benci dalam hati aku ni dengan soalan yang sama setiap kali.BENCINYA!!Bentak hati kecilnya.
“Tak ada jodoh lagila tu.”Sofie Aleeya menjawab sambil tersenyum dan mengalih pandang ke buku-buku pelajarnya yang sedang diperiksa.
“Wahai Cik Sofie Aleeya Binti Muhammad Syahidin.Jodoh ni kadang-kadang kena diusahakan.Kena cari.Kalau tak usaha,takkan dapat,sayang…”Syiera mencubit pipi gebu Sofie Aleeya.
 Menyeringai Sofie Aleeya itu sambil mengusap pipinya.Berair matanya menahan kesakitan.Tapi dia sedikit pun tidak mengambil hati dengan cubitan temannya baiknya itu.Dia tahu yang Syiera cuma bergurau.Mungkin dia tidak sengaja mencubit dengan kuat pipinya sebentar tadi.
“Cik Syiera,bukan tak nak cari,tapi tak ada yang betul-betul serius.Aku bukannya tak berkawan dengan lelaki.Masa sekolah dulu,yang seangkatann dengan kita dalam pengawas pun ramai lelaki yang aku kawan.Aku pun bukannya sombong sangat.Tapi mungkin ‘Prince Charming’@ ‘Putera Katak’ aku belum dapat diketemukan dengan aku.”
 Tawa mereka bersatu.Syiera yang sedang serius  dengan persoalannya itu tiba-tiba tertawa apabila Sofie Aleeya menyebut tentang putera kataknya.
“Dahlah.Kalau ada jodoh aku atas dunia ni,akan tiba masa untuk aku bertunang dan berkahwin nanti.Hmmm..Mungkin jugak aku yang kahwin dulu daripada kau.”Sofie Aleeya menyakat temannya itu.
 Syiera menjeling.Lama kemudian barulah tawanya terburai lagi.
“Aku harap sangat benda tu akan berlaku!”
 Dia menarik hidung Sofie Aleeya.
 Mereka ketawa.
‘Insya ALLAH,Syiera.Bukan aku tak menginginkan dan mengimpikan sebuah perkahwinan.Tapi mungkin jodohku belum sampai.Aku juga seperti manusia lain yang inginkan seorang suami dan membina sebuah keluarga yang bahagia.Tapi yang nyatanya sekarang,jodohku belum sampai.Mungkin bukan takdirku untuk berkahwin di usia ini.’
            Semoga berbahagia nanti Syiera.

1 comment: