Tuesday 8 November 2011

cinta ini milikmu.....(1)


KENAPA awak ni suka sangat cakap benda tu?Awak ingat anak awak tu siapa, yang awak nak memilih sangat menantu untuk dia?…Ingat Lia…Sofie Aleeya adalah anak saudara awak..Awak sepatutnya sedar tu semua,Lia..Dia darah daging awak..Tak tahulah kenapa dengan awak ni…Asyik duk mengata anak saudara sendiri…Entah-entah yang awak duk benci tu yang akan jadi orang yang awak sayang satu hari nanti..’’Encik Syarafuddin mengeluh.
 Berat kedengaran keluhannya itu.Dia tidak tahu mengapa isterinya begitu.Terlalu jauh pemikiran Puan Marlia.Sudah berfikir tentang jodoh anaknya si Amar Syafree.Sedangkan anaknya itu baru sahaja tamat pengajian di kolej matrikulasi.Dia cukup marah dengan isterinya yang bersikap memandang rendah pada Sofie Aleeya.Sikap isterinya yang suka mengatur juga tidak digemarinya.
 “Abang apa tahu?Saya ni ibu dia.Saya nak yang terbaik untuk anak-anak saya.Saya tak nak tengok anak saya derita atau sengsara.Dan kecantikan adalah salah satu yang terpenting untuk jadi isteri kepada anak saya,’’Puan Marlia memandang suaminya dengan pandangan yang mencorot,menahan marah.
“Amar kena ikut cakap mama ni.Mama nak yang terbaik untuk anak-anak mama.Mama nak tengok Amar bahagia.”Puan Marlia memandang Amar Syafree dengan nada mengarah.
 “Jadi awak ingat saya tak mahu tengok anak saya bahagia?Entahlah Lia..Saya memang betul-betul tak faham dengan awak..penting sangat ke kecantikan pada awak untuk dijadikan menantu awak?Saya jadi tak dapat fikir habis,pening dengan sikap dan perangai awak.Ikut suka awaklah,Lia…”lagi sekali Encik Syarafuddin melepaskan keluhan.
 Amar Syafree hanya mengangguk.Dia juga sebenarnya bosan dengan sikap mamanya yang suka mengatur.Tapi disabarkan hatinya.
  Tanpa disedari sesiapa,pertengkaran yang disangka hanya didengari oleh Amar Syafree,rupanya telah didengari dan di saksikan sendiri oleh Sofie Aleeya.Setitis demi setitis air mata jatuh ke pipi gebu gadis itu.
 Sofie Aleeya berlari pulang.Tidak disangka,rupanya ibu saudaranya sendiri telah memandang hina kepadanya.Hanya kerana dia seorang gadis comot yang tidak tahu apa-apa tentang kecantikan.
 ‘Tak mengapalah mak teh.Sofie tak akan datang lagi ke rumah mak teh lepas ni.Sofie tak pernah anggap Abang Amar sebagai yang istimewa di hati Sofie.Tapi memang dah nasib Sofie macam ni agaknya.Di sekolah juga Sofie dipandang rendah seperti mak teh sekarang atau sebelum ni.’Lirih suara hati Sofie bersuara.
            Malam itu semalaman Sofie tidak keluar dari bilik.Bila dipanggil,dia menyahut.Bila diajak makan,dikatakan pada ibunya yang dia sudah kenyang.Bukan merajuk,tapi cuma ingin menenangkan hati dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.
 ‘ Apakah ini dugaan MU,TUHANKU?Ampunkan hamba andai hamba tidak kuat untuk menempuhinya,TUHANKU.’Lirih hatinya tanpa henti.

“KAU orang kena janji dengan aku,jangan bagitahu kat orang lain pasal perkara ni.Aku dah simpan lama semua ni.Aku tak nak siapa pun tahu.Aku bagitahu kau orang ni pun sebab kau orang kawan baik aku.Dan  aku rasa kau orang patut tahu sebab aku tak nak kau orang susah hati tengok aku,”pinta Sofie Aleeya.
“Aku janji tak akan bagitahu siapa-siapa.Tapi aku tanya sikit boleh?”dahi Syiera berkerut.
“Apa dia?”Sofie  Aleeya memandang dengan senyuman di bibirnya.
“Mak kau tahu tak pasal ni?”
“Tak.”Dengan muka selamba Sofie Aleeya menjawab.
“Hmm…macam manalah kau simpan semua ni selama bertahun-tahun.Kalau akulah kan,memang dah lama aku bagitahu kat mak aku.Macam manalah kau tempuh hidup macam tu?”Arief pula yang bersuara.Kagum dengan gadis yang berada dihadapannya itu,yang juga teman baiknya sejak sekolah.
            Mereka bertiga adalah teman baik sejak sekolah menengah lagi.Cuma kini dia dan Syiera bukan sahaja teman baik,tapi juga bergelar tunangan.
“Tapi aku tabik.Kau memang tabah.Aku bangga jadi kawan kau,Sofie.”ujar Syiera.
“Hmmm…Tak payah nak puji lebih-lebih.Aku tahu kau orang nak aku belanja malam ni.Aku okey je.Tak payahlah nak bodek-bodek aku,”Sofie ketawa kecil.
“Hey..mana ada.Aku cakap betul ni,”Syiera mencubit paha Sofie Aleeya.
Menyeringai Sofie Aleeya sambil menggosok pahanya,sakit dicubit Syiera.
Sementara Arief hanya memerhatikan dua orang gadis yang berada di hadapannya ini.Kedua-duanya sama umur.Tapi Syiera bersifat kebudak-budakan.Sedangkan Sofie Aleeya mempunyai segala sifat seorang gadis.Lembut.berbudi bahasa,mempunyai sifat keibuan dan banyak lagi yang sukar didapati pada seseorang gadis.Dia juga sebenarnya cantik.
Dalam diam,Arief mengagumi kedua-dua gadis yang berada di hadapannya sekarang ini.Kedua-duanya mempunyai sifat semula jadi yang tersendiri.
Kedua-duanya,SAHABAT YANG SETIA.

No comments:

Post a Comment